Saturday, November 29, 2008

Kisah budak bijak & pendrive pinjamnya.

Pada suatu hari, budak bijak (bukan name sebenar) ni sibok menyiapkan report penting for a VERY important meeting to be held on MONDAY MORNING. Punye la banyak nak buat, dia bawak la balik rumah nak settlekan. Since pendrive dia dah penuh, dia pinjam la pendrive org lain. Sampai sekali dua pinjam (poyo giler budak bijak nih..). Since the size of the report is quite big, the file was zipped. Disbbkan penah few times hilang kerja sbb tersilap tak save dlm archive, this time budak bijak ni mengambil langkah “berhati-hati”. Awal-awal lagi dia dah extract the file and save to C drive dlm laptop dia. Ok, buat punyer buat sampai kul 2 pagi, tinggal sikit je lagi nak siap. Since budak bijak ni pun dah ngantuk, dia pikir sambung je la esok & boleh terus submit to the boss for REVIEWING (mcm biase la kan..).

Kat ofis plak, keje lain berlambak2 menyebabkan budak bijak ni kena sambung report tu after lunch. dia pun laju jer siapkan report straight from the pendrive pinjam tuh. Since start pun lambat, budak bijak tu only able to submit the work by late afternoon. Dah siap, dia pun email la pada bosses yang sepatutnya do the reviewing process. Since report tu agak complicated & amik mase nak buat, budak ni rase legaaaa yang teramat sangat bile semua dah selesai. aaaahhhh… macam ada satu beban besar yang dah terlepas dari bahu.

Dalam mase yang same, budak bijak ni remind the boss not to forget to look at the file & once dah approve pandai2 la email to secretaries for compilation process to be tabled at the meeting.
“boss, jgn lupe eh email tu.., saya dah submit tau. Those yg i colored in blue shows unsured figures & its explanation (dah klw figure tak tau, mmg la tak leh nak explain kan..doink!) and those yg I colored in red plak, I cant find the facts..u know like those certs concerning the general side.. alrite boss??” the budak bijak explained in detail with hope that the boss will understand & dun have to ask much lor...
The boss then replied, “aa aahh, ok. I know. I’ll look at it later…tgh busy sgt la ni”.
The budak bijak nodded showing understood.

Friday passed by, and the weekend. Of course la budak bijak ni syok giler balik kejer ari jumaat tu kan.. Allah je yang tau how the budak bijak needs rest so much that the budak bijak could care less about any other things. From Monday til Friday tu, dia keje mmg mcm nk mati. Sikit lagi je nak hospitalised (aku kasi dramatic sket la…).

Dah pinjam barang orang, mesti la kena pulangkan balik kan.. siap ckp lagi,
“Lin (memang nama sebenar), thx eh for ur pendrive..”
“delete je k kiter nyer folder dlm tu.. DAH TAK PAKAI DAH…”
senyum & trus chow balik rumah tanpa melihat kebelakang lagi..berbunga jer hati…huhu

Masuk hari isnin, mata budak bijak ni terbeliak..sampai mcm nak terkeluar bijik mata.. on the budak bijak’s desk, there was a printed report with a familiar handwriting using a familiar black wet inked pen. It says,
“not update”
“I thought we should show a profit figure in oct, why still loss? – to check”

“ why is the provison of bonus comm has not yet been reversed? – to check”

This is certainly not my boss's handwriting. This is GM's... shoot!
Then another thing that makes the budak bijak felt like a golf ball being stucked in the throat… - “Sept 2008”
wut the ……???????
mane gi file oct aku???
aku silap send file ker???
Ker mamat ni yang silap tgk nih…hhhmmm. Tak kan la boss tak check dulu kot..

Panick starts to rush down the blood, but budak bijak tried to compose xxxself. Budak bijak quickly checked the sent item in xxx email.
Dun tell me…………………….………...
OMG!
how could i not see this on Thursday??


stat dah interrogate diri sendiri. Habis….. sadaqallah hul ‘azim..

Since kejer tu sepatutnyer direview dulu, budak bijak ni pun gi la double confirm ngan boss dia wether boss dia ni check tak file tu. Normal la kan. Aku rase kalau aku kena pun aku buat benda yang same jugak…ahaks. Ape2 carik boss dulu.. korang tau ape boss dia jawab,
“email financial highlights? Ntah, saya tak sempat nak review pun… & tak fwd la kat sape-sape”.
Budak bijak tu rase nak baling jer selipar kat boss dia tuh. Kau boleh tak review keje tu & pls dun expect my first touch on it would be flawless.. heeyyyy, ni yang gua hangin satu bdn nih!

Ape lagi kelam kelibut rr carik the correct report kat shared folder, c drive, recycle bin, pc org tu, pendrive org ni, tak jumpe jugak.. call org IT, pun tak leh nak retrieve. Pastu tibe-tibe teringat..
entah-entah benda tu kat dlm Lin punyer pendrive lagi kot…
adusss..aku tak save kat dlm c ker rupenyer!!!
mampooss aku…meeting pagi ni..

“korang, ade nampak Lin tak? Dia kat ne ek?
“wut? Cuti??”
oh maaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!

K, rilex rilex…budak bijak gruntled underneath *** breath. Call akak secretary dulu, reconfirm meeting time coz ni dah kul brp. klw meeting pagi tak kan tak start lagi dok? hhmm.. so eventually the budak bijak picked up the phone receiver & dialed 1223....
“kak, meeting ari ni actually kul berape?
“semua cari saya? yer yer saya tau memang semua orang nak pakai slides ni.”
“oh kul 2.15? Alhamdulillah. Dun worry. Ape-ape hal I’ll update u k. Just hold on to my words. I’ll make sure I’ll get those things before lunch”.
“Thx kak”.

Ok, mase ni budak bijak dah start rr nglupur dia.. tanya org tu tanya org ni, mcm la org-org yang dia tanya tu tau kan.. name jer bijak, tapi tak de la sangat, indah nama dari orangnyer. hhmmm…. call si Lin, tapi tak angkat. Bidak bijak ni pikir nak pegi la cari Lin kat rumah dia sbb rumah sewa dia dekat je ngan ofis. Tapi sebelum tu, nasib baik la si budak bijak ni terpikir nak tanya dulu kat Nazma (juga bukan nama sebenar), kawan rapat dgn si Lin ni. Investigate punye investigate, Lin tak tidor kat rumah sewa dia semalam. Dia tido umah cousin dia. Tapi tak tau which one, either kat gombak or kat wangsa maju. Sudah! Camno ni? Budak bijak dok ligat la otak dia memikir jalan nak dapatkan balik pendrive tu.

Bile dah desperate tu kan, sape-saper pun jadi panjang akal. Mase ni start la call mak Lin la, boyfriend Lin la, sepupu Lin la, asal ada jer yang kait mengait ngan Lin, memang confirmed jadi mangsa budak bijak ni and tak ketinggalan, Nazma pun dah masuk jadi watak utama drama ni tau. Tapi semuanyer tak tau mane Lin or orang tu sendiri pun tak pick up fon jugak. Giler babeng tul.

Nak dijadikan citer, mak Lin call Nazma balik. Dia cakap Lin maybe tido kat wangsa maju umah kazen dia. malas nak tunggu lama-lama lagi, budak bijak dan ditemani oleh Nazma (yang sangat baik hati nak tolong mase ni) berlari ke kereta and drove straight to the nearest lrt station coz according to Nazma dats the fastest & safest (takut la ape-ape jadi sbb si budak bijak ni dah gabra sangat dah) way to go to the house. Berlari-lari la budak dua orang ni naik turun lrt & dah sampai kat wangsa maju tu, termengah-mengah plak naik turun tangga flat.

Sampai jer, dengan tak kenal sape-sape kat umah tu, budak-budak ni bagi la salam.
“Assalamualaikum..hhmm..err.. Wan ade umah cik?”. Jangankan korang, aku pun pelik kenapa nak cari Lin tapi sebut nama Wan. Si Nazma suh tanya nama Wan sebab Wan tu sedara Lin. Still, kalau dah Wan tu sedara Lin, makcik tu mesti la aunty Lin kan. Adeeii..susahnyer nak paham plot citer ni!
“Waalaikumussalei…Wei? Wei tak dok? Gi beli ike kak keda nu..” ler..makcik ni dari kelantan rupernyer..hmm..ok. nasib budak bijak tu paham.
“Wan tak der yer cik..hhmm..Lin ade tak? Lin ade tido sini tak cik mlm tadi? Sebenarnye kami ni dari office. Nak cari Lin sebab Lin ade simpan kejer. Penting sangat. Nak pakai hari ni”. Mase ni baru la nak tanya Lin kan.
Muke makcik tu cam blur jer bile nazma sebut nama Lin. “Lin? Sapo? Tak dok oghe namo Lin tido sini male tadi..”. Sudah! Nak tercabut jantung budak bijak tu dengar Lin tak de kat situ. Bergetar lutut…Muka dah pucat. Lagi berapa jam nak meeting ni. Nazma pun terpikir,
“kalau mcm tu boleh saya dapatkan nombor Wan tak cik?
“hehe…mokcik tok tau pulok nomor Wei beghapo..hehe..”
. Rilek jer makcik tu jawab tersengih-sengih sambil tengok muke anak kecik dia kat situ.

Budak bijak & Nazma dah blur dah. Tak kan no hp anak sendiri tak tau kot? Hhmm.. maybe makcik ni tak ingat coz dia tak pakai hp kan. Tibe-tibe anak pompuan dia yang umur lebey kurang darjah 3-4 gamaknyer, keluarkan hp & cari no. abang dia. Akhirnya dapat jugak no Wan ni. At least kan…

Baru la makcik mary ni ade kesempatan nak menjemput masuk rumah & baru si budak bijak terpisat-pisat nak follow, tibe-tibe dengar suara Nazma tgh cakap kat telefon,
“A’kum Wan. Ni Nazma, kawan Lin. Wan tau tak Lin kat mane sekarang? Ade urgent matter la nak jmpe dia ni”.
“huh? Wan pun tak tau ke? ok, takper. Tapi boleh mintak tlg sket tak, Wan tolong callkan bf Lin yer, kot dia tau Lin katne…”
.
“k, thx Wan. A’kum.”

Terus dua-dua tak jadi masuk dalam umah. Gelap jap jadi dunia ni. Makcik mary pun dari berdiri tunggu orang masuk, trus duduk. Dia pun blur agaknyer, aku ni kena buat air tak ni? Karang air dah jerang, cekodok dah goreng, budak-budak sakai ni tak nak masuk plak. Dah la main serang jer orang kat umah. Cari Lin. Lin mano pulok. Do oh sungguh la budok budok zame sekare nih!

Tengah-tengah otak kosong tu + tok leh nak pikir ape lagi dah, Nazma dapat call from Wan.
“yer Wan! Dia pun tak tau jugak? Adei..camne ni?
Oh, hari ni pulang jubah convo eh? Hhmm..tul gak. Sure kat shah alamnyer kan.. k, thx again Wan”.

Ape lagi Nazma angkat kaki trus nak turun tangga. Nasib la si budak bijak sedar lagi,
“oi cik kak, salam dulu…haha..ko nih!”.
“a’ah luper lak..hehe”.
si Nazma reply dgn selamber blurnyer baru nak gi salam makcik mary...adei..

Ape lagi, lari turun tangga, cross jalan depan flat tuh tanpa nak pedulik sangat keter kiri kanan, beli tiket lrt, lari naik escalator, dussyyuummm masuk lam lrt. Fuh, penaaatt.. macam citer speed yg Keanu Reeves tu berlakon pun ade gak adegan nih. Ala-ala la kan.. habeh, tak kan aku nak cakap harry potter kot?? Nak buat lawak pun agak-agak rr…akenna aaii!

Dalam lrt tuh, tangan budak-budak 2 orang tak putus call si Lin & mulut plak tak putus berzikir. Peerrggh, tawakal mase ni tak hengaatttt!!!! Allah dah tentukan jalan citer ni macam ni, tengah-tengah call berjuta-juta kali tu, Lin angkat fon. Rase macam nak melompat si budak bijak ni mase tu.
“Ya Allah Lin Kok Wing! Ni kau ker? Aku cam tak percaya je siot dpt ckp ngan kau nih! Huhu.. Dah naik berkulat kematu jari aku ni menelepon ha! Asal ko silent fon kau tuh??”
“Lin ko kat ne skrg?
“Damansara??” Ape jadahnyer ko bley ade kat Damansara?”
“K, aper-aper la Lin. Mcm ni, pendrive yang aku pinjam kat kau last week, ade kat ko tak skrg?” “Aku boleh tersilap send file la kat boss. File yang betul tu aku terlupe plak nak save kat pc aku..iisssyy..tolong Lin”.

“ye aku tau aku memang sengal. Ko simpan je kutukan-kutukan tu nanti eh.. kiter settle yang ni dlu”.
“hah???? Ko dah delete? Kat cc?”
“oh, ok. Nak retrieve balik? Thx Lin. Jumpe ko trus kat ofis eh”.
“A’kum”.

Budak bijak pandang Nazma, Nazma pandang budak bijak. Dua- dua senyum & baru la rase boleh bernafas balik.. lega skit. At least dah nampak la cahaya pulang ke ofis tu kan..

Sampai ofis, kejap lps tu Lin sampai. Once Lin angkat jer PENDRIVE HIKMAT tu, mata budak bijak tibe-tibe cam ade effect bersinar-sinar dek pancaran keramat kuasa pedang sailormoon bergabung dengan kuasa kesatria baja itam bile pendrive gaban tuh kelihatan! Dahsyat tul citer ni (korang yang bacer rase cam teruja kan, ni lagi aku yang tulis..peerrgghh, terharu babe!! macam nak menitik air mata tau!) Sempat mambu-mambu si lin sekejap sebab silent kan fon dia tu, ckp thx lebey kurang, lari naik lift kat building ofis tu, duk kat kusi, cocok pendrive, panggil Mr G (hhmm..nama pangkal tu nama sebenar la) to do brief checking, amend figures sane sini sket, pap email trus kat GM, cc to other bosses, blind copied to kuli-kuli lain.

Aaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh….. siap!

Soalan:
Apakah warna, jenama & kapasiti pendrive tersebut?

Lengapkan slogan kata ini:
Sumpah saya akan check sent item saya setiap kali menyubmit kerja kerana……… (tidak lebih dari 1 patah perkataan).

Hadiah pertama, kedua & ketiga (semua same sebab hadiah memang ade 1 jer):
Pendrive hikmat (warna, jenama & kapasiti same dengan barang kes..)

5 comments:

Anonymous said...

Happy Birthday Hajar!

rina said...

naik semput aku baca entry ni... hahaha.

sampai xleh nk jwb soalan dan lengkapkan slogan... agak2 masih ada peluang dapat hadiah pendrive keramat itu x...

Anonymous said...

RUGI NYE XDE KAT TMPT KEJADIAN..OH YE..NAPE X LETAK MASE KEJADIAN..MESTI LG REAL...ADEI SAKIT PERUT AKU..DA LA GELAK SORG2..BDK OPIS AKU PUN DUK HERAN..JA BG LA HINT TUK SOKLAN KO TU ..AKU NAK MENANG PENDRIVE HIKMAT TUH...

hajar kasri said...

ler...igtkan nak amik iktibar psl pendrive hantu tuh! ghupernyer lagi nak menang? eeeyyy...korang pegi je la beli kat low yat nuh, 8gb pun baru beraper...

*pantang ade brg free, semua jd cam aku...astaghfirullahal'azim..

Anonymous said...

citer ko nih tak lengkap lagi kottt...patut ko sambung part roti naan ko terpenyek ptg tu....huwarghhhh